Search
                 
Notis Privasi untuk laman web MEASAT

Notis Privasi (“Notis”) ini dikeluarkan oleh MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd dan syarikat-syarikat pegangan, berkaitan dan anak-anak syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada, MEASAT Global Berhad, MEASAT International (South Asia) Limited dan MEASAT Broadband (International) Limited (“MEASAT”, “kami”) untuk memaklumkan kepada anda bagaimana kami memproses data peribadi anda apabila anda menggunakan atau mengakses laman web kami, apabila anda berkomunikasi dan berinteraksi dengan kami dan/atau apabila anda membekalkan data peribadi anda kepada kami dengan cara mengisi dan menyerahkan borang yang telah ditetapkan oleh kami.

Dengan menggunakan dan mengakses laman web kami dan/atau berkomunikasi dan berinteraksi dengan kami dan/atau dengan membekalkan data peribadi anda kepada kami dengan cara mengisi dan menyerahkan borang yang telah ditetapkan oleh kami, anda telah memberikan persetujuan untuk kami mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menggunakan, memindah dan memproses data peribadi anda berdasarkan terma-terma dan syarat (sebagaimana yang dipinda oleh kami dari semasa ke semasa) di bawah Notis ini.

Apakah Data Peribadi yang Kami Kumpul
Data peribadi bermaksud apa-apa maklumat yang mengenal pasti anda, atau yang melaluinya identiti anda boleh disimpulkan. Jenis-jenis data peribadi yang mungkin akan kami proses adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, jawatan yang disandang, alamat emel, nombor faks, butir-butir untuk dihubungi dan maklumat peribadi lain yang dibekalkan oleh anda atau pihak-pihak ketiga.
Sumber Data Peribadi
Kebanyakan data peribadi yang dikumpul oleh kami adalah data peribadi yang dikemukakan kepada kami oleh anda. Walaubagaimanpun, data peribadi anda juga boleh dikumpul oleh kami dari sumber-sumber yang lain termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi-agensi pelaporan kredit, agensi-agensi atau jabatan kerajaan, pendaftaran awam, laman – laman web dan syarikat penerbitan.
Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi Anda

Data peribadi mungkin anda akan diproses oleh kami bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut; (a) untuk pengesahan identiti anda; (b) untuk berkomunikasi dengan anda; (c) untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan anda; (d) untuk menjalankan transaksi dengan anda dan/atau untuk menyediakan perkhidmatan untuk anda; (e) untuk menghantar bahan-bahan seperti risalah, surat berita, artikel, bahan penulisan dan maklumat pemasaran kepada anda; (f) untuk memenuhi kehendak undang-undang dan/atau pengawalseliaan; (g) untuk membantu pencegahan atau penyiasatan jenayah atau kemungkinan aktiviti-aktiviti jenayah atau bagi pentadbiran keadilan; (h) bagi tujuan operasi harian dan pentadbiran kami (i) bagi tujuan audit dalaman dan keselamatan termasuk pemantauan emel, peti-peti surat dan surat-menyurat; (j) bagi tujuan-tujuan lain sebagaimana yang diarahkan atau yang telah diberikan persetujuan oleh anda; dan (k) bagi segala tujuan lain yang relevan yang berkaitan tujuan data peribadi anda diserahkan kepada kami. (Secara kolektifnya dirujuk sebagai “tujuan-tujuan”)

Penzahiran Maklumat Peribadi Anda

Di bawah keadaan-keadaan tertentu, kami boleh menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga berikut: (a) mana-mana orang yang diarahkan oleh atau yang telah diberikan persetujuan oleh anda; (b) mana-mana orang bagi tujuan pematuhan keperluan undang-undang dan pengawalseliaan; (c) syarikat induk, anak-anak syarikat dan/atau syarikat berkaitan dengan kami; (d) pemproses data iaitu pihak ketiga yang akan diguna khidmat bagi memproses data peribadi bagi pihak kami termasuk tetapi tidak terhad kepada storan arkib, pemberi khidmat kemasukan data, perkhidmatan-perkhidmatan sokongan computer, perkhidmatan-perkhidmatan pemulihan bencana, bank-bank dan institusi-institusi kewangan dsb; dan (e) penasihat-penasihat professional kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat-penasihat undang-undang, penasihat-penasihat cukai, penasihat-penasihat kewangan, juruaudit-juruaudit, broker-broker insurans.

Kami mungkin akan memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia bagi tujuan-tujuan dan kepada pihak ketiga yang dinyatakan di dalam Notis ini. Selanjutnya, pemindahan data peribadi anda ke luar Malaysia akan diperlukan sekiranya anda melancong atau berada di luar Malaysia.

Akses dan Pembetulan
Jika anda ingin (a) akses data peribadi anda; (b) memperbetulkan atau mengemaskini data peribadi anda; atau (c) menarik balik persetujuan anda atau mengehadkan penggunaan data peribadi anda, sila hantar permintaan anda kepada:
Pegawai Pematuhan PDPA
MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd

MEASAT Teleport Broadcast Centre
Jalan Teknokrat ˝
63000 Cyberjaya, Selangor

Tel : +60(3) 8213 2188
Fax : +60(3) 8213 2233
Email : PDPA@measat.com

Caj pentadbiran akan dikenakan bagi permintaan di bawah perenggan (a) di atas. Kami berhak untuk menolak permintaan anda jika dibenarkan di bawah undang-undang.

Penafian

Ketepatan dan kelengkapan data peribadi anda bergantung pada maklumat yang anda berikan. Kami menganggap bahawa maklumat yang anda berikan adalah tepat, terkini dan lengkap melainkan jika anda memaklumkan sebaliknya kepada kami. Kami menganggap bahawa maklumat pihak ketiga yang anda berikan kepada kami termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat bekas majikan atau maklumat keluarga adalah tepat, terkini dan lengkap dan anda telah mendapatkan persetujuan yang sewajarnya untuk menzahirkan maklumat tersebut.

Percanggahan
Jika terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Kebangsaan Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
 
Privacy Statement      |      ©Copyright 2016 MEASAT. All Rights Reserved